Friday, December 26, 2008

Mengikuti rombongan pertunangan Pak cik Zul di Kedah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ,

Pada hari ini saya ingin menyampaikan satu pengalaman mengenai mengikuti rombongan pertunangan Pak cik Zul di Kedah.Saya sekeluarga juga mengikuti rombongan itu.











































































Mula-mula memang meletihkan tetapi lama-lama seronok juga, sebab dapat pergi kolam air panas .Kolam air panas tu pulak dibuka pada pukul 12.00 malam .Mula-mula gerun juga sebab nak kena lalu kawasan hutan .Karang benda lain pulak yang keluar.




emm..nak tahu cerita selanjutnya...klicklah di sini.. »»

Friday, November 21, 2008

Catatan ku hari ini

Assalamualaikum,

Pada hari ini,saya ingin berkongsi catatan saya pada hari ini.Selepas solat Jumaat ,saya sekeluarga pergi ke kedai NGV Service Centre .Selepas itu ,saya sekeluarga pergi ke tasik.

From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)

emm..nak tahu cerita selanjutnya...klicklah di sini.. »»

Monday, October 27, 2008

Selamat Hari Jadi(Aqilah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Buat adikku yang bongsu along ,angah,abah dan ummi mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kaepada Nur Aqilah Syahmie binti Hazimi.Untuk adikku ku yang bongsu" jangan nakal dan suka merajuk sangat."

From Hazbj Family

emm..nak tahu cerita selanjutnya...klicklah di sini.. »»

Tuesday, September 23, 2008

Hikayat Neraka

Assalamualaikum,

Pada hari ini saya ingin bercerita tentang hikayat neraka .Ceritanya bermula begini ,

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.Berkata ,Jibril datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh Nabi s.a.w ."Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya ,"Ya Muhammad,aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka,maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahanam itu benar ,seksa kubur itu benar dan seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu Nabis.a.w bersabda,"Ya Jibril jelaskan padaku sifat Jahanam."

Jawabnya ,"Ya.Ketika Allah menjadikan Jahanam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih ,kemudian seribu tahun sehingga hitam,maka hitamgelap ,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak ,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak ,andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dengan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panaya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak ,andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

Sungguh dasyatnya neraka itu.Semoga kita selamt daripada api neraka.Amin..

Wassalam.

emm..nak tahu cerita selanjutnya...klicklah di sini.. »»

Sunday, August 31, 2008

Lahirku Bertuah Di Bumi Malaysia

Assalamualaikum,





Hari ini saya ingin menceritakan tentang Lahirku Bertuah Di Bumi Malaysia .

Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau telepas tangan kecil itu,aku akan kehilangannya.Kadang-kadang,dia cuba merentap tangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku. Bunyi bedilan meriam dan senapang betalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga.

Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk bersembunyi.Tapak kaki kecil adik ku seolah-olah tidak menjejak ke bumi.Aku tidak peduli.Keadaan kami bagaikan telur dihujung tanduk.Kalau aku leka ,tamatlah riwayat kami .Aku amat mengasihinya Cukuplah aku kehilangan ibubapa dan adik-beradikku yang lain.Dialah saudara yang aku afda kini.

Mayat bergelimpangan disana sini.Bau hanyir menusuk ke hidung Tiba-tiba ,aku ternampak sepasukan tentera sedang menuju ke tempat pesembunyian kami. Aku membatukan diri .Kakiku mengeletar.Ku genggam tangan adikku sambil memeluknya dengan erat.Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka Bunyi tembakan dan jeritan silih berganti.Aku tahubeberapa orang yang bersembunyi berhampiran dengan kami telah dibunuh,Giliranku bila?

emm..nak tahu cerita selanjutnya...klicklah di sini.. »»

Kenangan di WetWorld Batu Pahat

Assalamualaikum,

30.8.2008-Tarikh yang "boleh membuatkan saya akan tersenyum" apabila mengingatinya .Pada hari itu ,saya sekeluarga bersama rombongan Family Days SNC tempat abah kerja pergi ke Wet World Batu Pahat.Seronok sungguh saya dan adik- adik saya bermain dengan air tapi lantai dia sungguh kasar sampai kaki saya berdarah .Banyak kali saya jatuh kedalam air yang dalam .Ada sekali sampai tergolek-golek dalam air.Eeeee..... seram .Ada golongsor yang besar dia punya permukaan ,kalau teringin nak naik kenalah pakai pelampung .kalu tak ,habis lemaslah alamatnya.
Berikut beberapa gambar sebagai kenangan .















Bersama-sama adik - adik















Haziqah-seronok sungguh dia main air















Ni pun sama tak nak naik















Abah dan Aqilah














Pertandingan mewarna















Umi posting terakhir sebelum balik

emm..nak tahu cerita selanjutnya...klicklah di sini.. »»

Saturday, June 28, 2008

Happy Birthday-Mohd.Syafiq-


Assalamualaikum dan salam sejahtera

29/06/2008-Hari lahir Mohd.Syafiq .

Melalui kesempatan ini, saya rakamkan ucapan tahniah to Syafiq kerana menyambut ulang tahun ke 8.

Along sekeluarga mengucapkan "Selamat Hari Lahir "dan doa dari Along ,moga - moga Syafiq dikurniakan kekuatan oleh Allah dan seterusnya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi (Yang baik-baik je tau !).InsyaAllah,petang esok selepas solat Asar ,Along sekeluarga akan datang ke rumah Syafiq.Berikut adalah lagu untuk Syafiq :

Panjang umurnya Panjang umurnya Panjang umurnya serta mulia Serta mulia ................ & Bukan khayalan yang aku terima Tapi keyakinan yang Nyata... Kerana cinta Yang aku berikan Akan mewujudkan Impian mu .......
Note from Along :

*Jika Syafiq ada kelapangan sila layari blog Along di http://imamuddin.blogspot.com

emm..nak tahu cerita selanjutnya...klicklah di sini.. »»

blogger templates | Make Money Online