(Maccho tak? Heh..heh..)hensemm tau!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Maaf kerana telah lama tidak menulis diblog ini.Banyak sebab..antaranya kesuntukan masa.Waktu pagi ke sekolah kebangsaan dan petang bergegas ke sekolah agama.Tiba di rumah setiap hari pukul 6:30 petang.Selepas solat maghrib,saya mengaji dan selepas itu sibuk dengan menyiapkan kerja-kerja rumah serta mengulangkaji pelajaran.Walau apapun saya akan cuba meluangkan masa untuk menulis diruang ini dari semasa-kesemasa.
Saya sekarang di darjah lima sekolah Agama Taman Pasir Putih. Pada hari Ahad yang lalu iaitu pada 15 Jun 2008 ,adalah "hari penerimaan anugerah pelajar cemerlang Sekolah Agama Taman Pasir Putih - 2007".Saya telah menduduki tempat "PERTAMA" DI KELAS untuk tahun 2007.Ianya sangat mendebarkan aku kerana pada hari itu merupakan pertama kali naik ke pentas.Maklumlah aku ni "pemalu" orangnya.(Hampehhh).
Saya ke sekolah ditemani abah dan adik(Nur Husna Haziqah).Ketika aku sampai di sekolah pada pukul 9:30 pagi .Saya terus ke kelas kebangganganku iaitu kelas 5 Ibnu Sina .Saya menunggu dengan sabar.Apabila tiba giliran,saya berasa sungguh gementar .Nama saya di panggil naik ke pentas.Saya gagahi naik walaupun bercampur baur dengan pelbagai perasaan.Selepas menerima hadiah,dengan pantasnya saya menuruni pentas apabila ramai orang tepuk tangan.
(Adik - Nur Husna Haziqah - lima tahun)
Satu cenderamata dan sebuah buku kisah tauladan berunsur Islam.Thanks tak terhingga buat guru-guru yang telah membantu sehingga berjaya dan paling saya ucapkan terima kasih ialah abah dan ummi.Mereka berdualah banyak membantu,membimbing sehingga saya berjaya."Terlalu banyak untuk dituliskan di sini...namun cukuplah saya katakan "terlalu banyak pengorbanan ibu dan bapa.Tak ternilai dan tak terbalas banyaknya.Oleh itu..kepada yang masih ada ibu dan ayah...kasihlah dan hormatilah mereka.
Kemudian,makan tengahari diedarkan(nasi ayam).Disebabkan abah kerja shift malam dan masih belum tidur...saya tepaksa pulang awal(12:30).Okey,anugerah itu amat bermakna bagi saya dan untuk tahun ini..saya cuba untuk di tempat pertama lagi.Wahai ummi dan abah..doakanlah kejayaan saya dan Ya Allah..berilah kekuatan dan kejayaan walau apa jua bidang(baik-baik ajee) yang diceburi...aminnnnn.
Okey....DAH HABIS DAH!!!!!!!!!
Sekian ,
0 Comments:
Post a Comment